Ujian Kehamilan Boleh Mengesan Kanser Testis? Ini Jawapan Pakar


Sekitar tahun 2012, tersebar satu kisah di Amerika Syarikat bahawa seorang lelaki cuba berjenaka dengan mengambil ujian air kencing untuk kehamilan. Apa yang memeranjatkan, keputusan ujian yang diambil itu positif. Adakah lelaki itu mengandung?

Pertama sekali, kita harus mengetahui bagaimana ujian kehamilan melalui air kencing ini berfungsi. Ujian ini akan mengesan hormon Beta Human Chorionic Gonadotropin (BHCG), satu hormon yang akan terhasil dari placenta perempuan mengandung.

Hormon yang sama juga akan terhasil dari sesetengah jenis kanser testis.

Menurut Dr. Ted Gansler, wakil Pertubuhan Kanser Amerika, hanya segelintir pesakit kanser testis sahaja yang akan menghasilkan BHCG terlalu tinggi sehingga dapat dikesan melalui air kencing.

Ini bermaksud, buat masa ini, ujian air kencing kehamilan bukanlah cara terbaik untuk saringan kanser testis bagi lelaki, walaupun mungkin ianya boleh menunjukkan kesan positif. Malah, terdapat juga sebab-sebab lain yang boleh memberi keputusan positif bagi ujian kehamilan antaranya penyakit hati, atau sesetengah jenis ubat-ubatan.

Boleh jadi anda mempunyai kanser testis tetapi ujian kehamilan negatif, atau anda tidak ada kanser testis tetapi ujian kehamilan positif.

Kredit kepada penulis asal artikel, Dr Hidayat Hasni yang disiarkan di laman web beliau rakanmedik.com. Dr Hidayat Hasni merupakan seorang pegawai perubatan yang berkhidmat di salah sebuah hospital awam di Malaysia.


Ads:

Previous
Next Post »
Thanks for your comment