KISAH FENDI DAN GENG MAMAK

Kisah ini ditulis oleh Syahril A. Kadir, seorang bekas wartawan jenayah dan kini pegawai peribadi kepada seorang menteri Kabinet di Malaysia. Kisah ini dikongsi di laman Facebook milik beliau. Semoga memberi manfaat kepada para pembaca.


KISAH FENDI DAN GENG MAMAK

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini aku nak bercerita mengenai pengalaman kami wartawan jenayah dalam membuat liputan kumpulan penjenayah Melayu paling 'taiko' iaitu Geng Mamak. Aku rasa ramai yang tahu pasal kisah penjenayah adik beradik dari Kuala Kangsar yang sangat terkenal ni. Pada yang tidak tahu, Geng Mamak ni adalah pakar rompakan gudang dan kontena yang terlibat lebih daripada 200 kes jenayah membabitkan nilai lebih RM50 juta!

Kemuncak 'kegemilangan' kumpulan penyamun adik beradik ini ialah bila mereka terbabit dalam rompakan jongkong emas bernilai RM9.6 juta di Terminal B, Lapangan Terbang Subang pada 31 Ogos 1994. Kisah mereka ini bukan saja mendapat perhatian dalam negara tetapi juga di luar negara hingga pernah sebuah saluran dokumentari tv antarabangsa menghasilkan dokumentari khas mengenai Geng Mamak ini.

Mereka juga tak pernah serik. Ada yang dah mati ditembak, ada yang dah dipenjara tetapi mereka meneruskan legasi jenayah mereka menerusi suku sakat mereka pula. Lagi satu mereka ni sangat licik, mereka akan bertindak ganas bila berhadapan dengan polis...kalau tak jalan juga - mereka akan merasuah anggota polis yang menangkap mereka. Sebab itu ada kes anggota geng ini berjaya memboloskan diri walaupun pernah kena tangkap.

Yang aku nak cerita ini mengenai ahli Geng Mamak 'generasi baru'. Ada yang mempunyai talian darah dengan anggota geng yang asal. Malah mereka lebih kejam kerana tidak ragu-ragu untuk menembak anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya. Yang paling digeruni adalah Khairul Affendie Mohd. Noor@ Fendi. Fendi ni kalau korang tengok muka dia memang macam 'innocent', bahkan dia sampai dapat mengahwini seorang gadis yang juga anak seorang pegawai kerajaan berpangkat Datuk dari Kedah.

Namun record menunjukkan Fendi terlibat sekurang-kurangnya 165 siri rompakan dan dah berjaya mengaut hasil rompakan hampir RM10 juta! Justeru pd tahun 2002, Pengarah CID Bkt Aman masa tu, Datuk Salleh Mat Som (allahyarham) telah melancarkan gerakan besar-besaran memburu si Fendi ni. Aku dan rakan-rakan wartawan jenayah Utusan Malaysia diberi amaran oleh bos kami agar jangan sama-sekali 'terlepas' berita penangkapan Fendi sekiranya ada.

Akhirnya buru punya buru, pasukan operasi khas yang diketuai ACP Rahim Hanafi (sekarang dah Ketua Polis P. Pinang) berjaya menangkap Fendi di Kondo Puncak Damansara, Kayu Ara, Damansara. Aku ada masa sidang akhbar penangkapannya yang dibuat oleh Salleh di Bukit Aman.
Kat badan dia polis rampas parang, tiga tangkal azimat, 11 nombor plet kereta palsu dan macam-macam lagilah. Polis juga rampas kereta Volvo yang dia pakai kerana disyaki dicuri. Nak tahu macam mana dia boleh ditangkap? Pagi tu dia melawat bini dia yang tgh sarat mengandung tanpa menyedari polis dah standby kat situ. Okeh habislah cerita tu.

Beberapa tahun lepas bila bebas dari penjara, Fendi kembali 'beraksi'! Dia kembali merompak dan pernah satu ketika merempuh kereta polis yang cuba menahannya di P. Pinang. Tak cukup dengan itu, dia juga siap acu pistol sebelum melarikan diri. Last aku dengar dia akhirnya menyerah diri juga pad pihak PDRM.

Aku tak tahu dan dah tak dengar nama dia sekarang...dah kena penjara atau dah keluar Wallahualam...yang pasti nama Khairul Affendi ni aku takkan lupa sampai bila-bila.. - Syahril A. Kadir

Ads:

Previous
Next Post »
Thanks for your comment