PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini meminta orang ramai tidak khuatir dengan kulit kayu manis jenis Cassia yang didakwa boleh memudaratkan kesihatan.
Dalam kenyataan itu menjelaskan, kulit kayu manis 'cassia' atau Chinese Cinnamon ang berasal dari selatan negara China itu tidak akan mendatangkan risiko kepada kesihatan. Ini kerana pada kebiasaannya hanya sedikit kulit kayu manis yang digunakan di dalam masakan.
"Pengguna tidak perlu khuatir kerana KKM sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas isu-isu yang berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin," kata kenyataan itu.
Kulit kayu manis 'cassia' itu juga ditanam di beberapa negara Asia seperti India, Laos, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Manakala Cinnamon adalah kulit kayu manis yang berasal dari Sri Lanka.
Kulit kayu manis 'cassia' dan 'cinnamon' mengandungi coumarin, sejnis bahan semulajadi yang memberi perisa. Kandungan coumarin di dalam kulit kayu manis 'cassia' adalah lebih tinggi berbanding 'cinnamon'. Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1995, coumarin dibenarkan dalam rempah ratus tidak melebihi 10mg/kg. - THEHYPEMEDIA.COM
Ads:
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon