Hujah gambar isteri Buya HAMKA yang tidak memakai tudung sering kali digunakan oleh golongan yang memperjuangkan ‘hak kebebasan daripada bertudung’. Dikatakan HAMKA sebagai seorang ulama hebat di nusantara pun tidak kisah apabila isterinya tidak memakai tudung. Adakah benar dakwaan sebegitu?
Ketika masih muda. |
Kedua, hukum aurat perempuan yang sudah menopause tidak sama dengan perempuan muda. Sepertimana firman Allah yang bermaksud:
Dan perempuan-perempuan tua yang telah berhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana (AN-Nur 60).
Bagi perempuan yang berusia dan sudah tidak berkeinginan kahwin bagi mereka ada kelonggaran, tetapi itu tidak bermakna mereka boleh berbuat sesuka hati. Berkelakuan sopan itu lebih utama. Berkait pula dengan gambar isteri Buya HAMKA yang tidak memakai hijab. Perlu kita tahu, gambar tersebut diambil tika lewat usianya dan sekira benarlah HAMKA tidak kisah isterinya tidak berhijab, kenapa tidak ada satupun gambar isterinya ketika muda tidak memakai hijab? Disini saya sertakan gambar isterinya ketika muda dan berhijab. Sekira dikatakan Hamka tidak cakna kepada isu hijab maka ia suatu kesilapan besar sedangkan HAMKA mengulas panjang lebar sejarah hijab di Indonesia di dalam Tafsir al Azhar. Bagi mereka yang ada Tafsir Al Azhar boleh semak dalam Juz 22, Pustaka Panjimas, Jakarta, 2006, hal. 97-98. Atau boleh ke http://bundakhaira.wordpress.com/…/beginilah-jilbab-di-ind…/
Suatu perdebatan yang tidak sihat apabila seseorang mendatangkan hujah atas alasan ‘perbuatan individu’. Sebenarnya perkara ini tidak boleh menjadi hujah kepada boleh atau tidak boleh kepada memakai hijab. Perbuatan individu itu tidak boleh dijadikan hujah kepada agama. Sekiranya agama itu diukur dengan perbuatan seseorang yang dianggap alim tanpa merujuk kepada al Quran dan Sunnah maka huru haralah agama ini. Tidak ada beza dengan perbuatan orang Yahudi yang mengikuti apa yang dibuat oleh Rabbi mereka walhal perkara itu bercanggah dengan Taurat. Sekiranya seorang muslim melakukan kesilapan ia tidak sama sekali melambangkan agama menyuruhnya melakukan perbuatan tersebut. Saya hairan, kenapa orang yang bijak pandai boleh tercapai ke hujah sebegini, dimana nilai ilmiah dan keliberalan ilmu itu?
Bagi mereka yang pendokong Islam Liberal, atau penyokong M.Quraish Syihab, Musdah Mulia dan sebarisannya, harus mengapa bersusah payah memerangi hukum ini supaya diberi kebebasan kepada perempuan untuk tidak bertudung? Mendatangkan hujah-hujah ‘pemimpian Islam itu dan pemimpin hizbu ini’ dengan beralasan isteri mereka tidak memakai hijab itu merupakan hujah yang tempang. Sekiranya benar ingin berbahas soal hijab, bahaskan dulu nas kewajiban hijab dan perbahasan fiqh sekitarnya. Nanti kita bertemu.
Kredit kepada penulis asal artikel, saudara Ahmad Iqram Mohd Noor yang dikongsi di laman sosial Facebook milik beliau. Beliau merupakan seorang aktivis dakwah dan penulis novel muda yang sangat berbakat. Semoga memberi manfaat kepada para pembaca.
Ads:
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon