Belasah Wanita : Dua Perakam Direman, Mangsa Dikatakan Turut Dipukul Dengan Stereng Lock


KOTA BHARU - Berikutan video seorang wanita dibelasah yang viral dimedia sosial, dua suspek yang dipercayai perakam video terbabit turut dikenakan perintah reman selama empat hari di mahkamah hari ini.

Selain dari dua wanita tersebut, reman terhadap suspek utama, Ika, yang berusia 27 tahun turut dilanjutkan selama tiga hari lagi.

Dua suspek perakam video terbabit ditahan di rumah masing-masing di Pengkalan Chepa dan Wakaf Mek Zainab antara jam 3 dan 4 pagi kelmarin. Suspek utama pula ditahan tiga hari lalu di Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata usaha mengesan dua lagi suspek iaitu Nija dan Mokbiey masih lagi diteruskan. Kedua-dua terbabit dipercayai individu yang merakam dan membelasah mangsa.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana memukul orang,” katanya.

Sebelum ini beberapa video mangsa dibelasah suspek menjadi viral di media sosial. Difahamkan video berkenaan disebarkan oleh kumpulan wanita terbabit beberapa hari yang lalu.

Mangsa dipercayai dituduh mencuri barang kemas dari seorang suspek dan juga dituduh mmengadakan hubungan sulit dengan suami serta bekas tunang suspek yang terlibat.

Di dalam video berkenaan, wanita tersebut dibelasah dan dimalukan dengan bajunya diselak sehingga menunjukkan bahagian dada.

Mangsa juga turut dikatakan dibawa ke Terengganu oleh kumpulan wanita tersebut dan memukulnya menggunakan STERING LOCK, lapor Sinar Online. - Siakapkeli.my

Ads:

Previous
Next Post »
Thanks for your comment