"saya perasan Al-quran dia peluk di dada, dan mulut terkumat kamit seperti berzikir..."


Kisah ini asalnya ditulis dan dikongsikan oleh pengguna laman sosial Facebook, Kak Hassanah di laman miliknya. Semoga memberi manfaat kepada pembaca Kopi Cengkih.

Bismillahirahmannirahim. .

Dengan nama Allah.
Aku menulis ingin berkongsi 'ibrah'.

Jika sebelum ini acap kali saya berkongsi ibrah demi ibrah ketika saya menaiki train ketika musafir, Maka sudah semestinya saya akan terus menulis ibrah lagi dan lagi untuk membawa ummah berfikir betapa indahnya 'ibrah' jika kita pandang dengan pandangan cinta kepada-Nya.

Jika kalian lihat di sebelah kanan sekali yang berada di hujung adalah seorang adik yang membaca Al-quran sepanjang perjalanan 2 jam di dalam train tanpa henti.

Sebelum naik train, dan sedang beratur membeli tiket di kaunter, saya perasan Al-quran dia peluk di dada, dan mulut terkumat kamit seperti berzikir wallahualam.

Giliran dia beli tiket. Saya dengar pakcik di kaunter cakap RM 7.50. Dan dia keluarkan note kuning RM 20. Agak lama juga pakcik tu asyik kira duit baki. Dan pakcik kaunter cakap,

" Sekejap ye dik. "

Kemudian saya perasan pakcik itu tanya dengan orang sebelah kaunter, ada duit tukar tak ? Bila pekerja sebelah tu cek purse, yang ada hanyalah note Hijau RM 50 kebanyakannya. Pakcik tu serba salah. Risau.

Pakcik kaunter tu tanya,

" Ada duit kecil tak adik ? "

Adik tu geleng.

Tiba-tiba adik tadi toleh belakang, dan ajukan soalan kepada pakcik yang ada di belakangnya.

" Pakcik. Pakcik nak ke mana ? "

" Ke Seremban nak. "

Pakcik itu balas lembut.

" Saya bayarkan tiket untuk pakcik tau. "

Allah. Saya yang berada di barisan belakang pakcik tadi terus terkedu, malu pun ada segan pun ada.

" Saya nak tiket ke seremban 1. "

Adik tu terus ajukan permintaan di kaunter tiket. Serba salah pakcik yang jaga kaunter tu. Tapi dari riak wajah adik tu, nampak sangat dia ikhlas dan redha andai duit baki itu, Allah aturkan seperti itu. Then after a few minutes, tiket dihulur beserta note biru RM 1 (3 keping).

" Minta maaf dik. "
Sempat pakcik di kaunter meminta maaf serba salah.

" Allah yang tentukan. Terima kasih pakcik. "

Senyum.

Sambil terima duit seringgit 3 keping.

" Pakcik tak perlu baris lagi. Ini tiket pakcik, pakcik ikut jalan tu dan masuk train arah sana ye. "

Masya Allah
Subhanalllah.

Bidadari dari mana ini Ya Allah ?
Hampir menitis air mata saya.
Mulianya hati dia, indahnya akhlak dia. Lebih-lebih lagi bila lihat pakcik tu pakai baju dan seluar yang memang dah nampak lusuh, selipar pun dah kelihatan buruk yang selalu kita gunakan di dalam toilet. Tambah sayu hati ini. Allahurabbi. .

Sepanjang menunggu train, dia asyik baca quran je. Terdetik di hati, cemburunya.

Dan saya pandang manusia lain dari pelbagai sudut, hampir keseluruhan menghadap hp. Termasuklah saya sendiri yang sedang berbalas whatsapp dengan group family.

Naik dalam train selama 2 jam dia tak tutup quran. Sesekali ada juga dia tutup quran dalam 5,6 minit sahaja dan pejam mata sambil mulut tak berhenti terkumat-kamit, mungkin sedang cuba mengimaginasikan ayat-ayat quran itu di kotak fikiran untuk menghafaz.

Walaupun mengenali dari jauh, namun sudah cukup membuatkan saya merasa begitu kerdil dengan tahap ilmu saya sendiri, terutamanya ilmu islam. Dan paling teruja menumbuhkan rasa cinta saya kepada Al-quran untuk dibawa dan dibaca ke mana sahaja.

Mengapa saya katakan demikian ?
Kerana pada wajahnya, adik itu begitu intim dan mesra dengan Al-quran. Ternyata adik itu asyik bercinta, bercinta dengan Al-quran.

Abang dan kakak yang saya hormati kerana Allah,

Mengapa pemuda dan pemudi di Syria mendapat penangan daripada Al-quran lalu 'merasuk'
diri mereka !?

Kerana mereka 'takut' jauh dari Allah. Mereka 'takut' jauh dari Allah dan mereka 'takut' jauh dari Allah. Kerana sesiapa yang jauh dari Allah, bagi mereka kehidupan ini sudah sia-sia.

Ulang,
Kehidupan ini sudah sia-sia.

Inilah jawapan yang pernah diberikan oleh seorang penceramah dari palestin yang pernah menjadi tahanan, dan berkongsi kisah suka duka nya di Majlis ilmu yang pernah saya hadiri sendiri di malaysia.

Ya,
Mungkin kerana kita tidak ada perasaan cinta yang ghairah pada Al-quran. Namun cinta itu boleh dibina dan tumbuh jika kita 'mahu'. Kerana cinta yang indah adalah cinta yang sentiasa tumbuh dalam jiwa berkali-kali. Begitulah seharusnya cinta kita pada Al-quran. Kita jarang 'jatuh cinta' pada Al-quran, maka terjadilah kegersangan hubungan antara kita dengan Al-quran. Tiada perasaan indah dan terangsang dengan Al-quran, yang ada hanya indah dan terangsang dengan hubungan maksiat.

Apa kita tidak mahu bercinta dengan quran ? Atau kita rasa apa yang kita 'jatuh cinta' sekarang sudah cukup bagi kita untuk tahu apa itu cinta ?

Cinta itu seharusnya melahirkan fenomena menarik dalam kehidupan. Kerana apabila kita jatuh cinta, kita nak berdamping dengannya, berkomunikasi dengannya, bergembira dan bersedih dengannya, hidup dengannya.

Namun mengapa tidak pada Quran andai 'lidah' kata cinta Kalamullah suci itu ? Tatkala bercinta dengan Quran kita tidak pernah dikecewakan, Al-quran dengan jujur akan memandu kita dengan kebaikan dan jalan keluar yang benar. Yang terang. Yang lurus dan bercahaya.

Sunggguh kau berlidah nista!
Kau itu 'aku'

So my dear brothers and sisters,

If you do this, you will get better from what you think and imagine. We must practice it and spread the world into our family and community.

Rabbuna Yusahil !

- Kak Hassanah
21/10/2015

Ads:

Previous
Next Post »
Thanks for your comment