Kassim Ahmad Kata Umat Islam Satu Dunia Salah Tarikh Buat Haji!!


Aneh dan pelik, terbaru dalam posting Kassim Ahmad di dalam blognya berkata, ibadah haji yang dilaksanakan umat Islam kini sebenarnya salah tarikh. Memetik beliau dalam blognya, katanya beliau berasa sangat pelik kerana tiada satu orang pemimpin Islam pun yang menegur tentang hal ini.

Hujah beliau, mengikut Quran, haji boleh dilakukan bila-bila masa tidak tetap pada bulan Zulhijjah sahaja. 

Kata beliau lagi, demi mengurangkan masalah terlalu ramai orang satu-satu masa, ibadah ini perlu ditadbir oleh badan bebas daripada negara-negara Islam bukannya Arab Saudi.

Kassim Ahmad yang dikenal ramai sebagai seorang anti hadis merupakan seorang penulis dan ahli polirtik sosialis dan bekas pensyarah. Buku beliau yang sangat kontroversi telah diterbitkan pada tahun 1986 bertajuk Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik yang diharamkan penjualannya oleh KDN.



Ads:

Previous
Next Post »
Thanks for your comment