POLIGAMI DAPAT MENINGKATKAN UMUR LELAKI SEHINGGA 12 % - KAJIAN

Gambar hiasan.
Menurut satu kajian yang dijalankan di Britain, lelaki yang berpoligami mempunyai umur yang lebih panjang sehingga 12 peratus berbanding lelaki yang tidak berpoligami.

Menurut kajian tersebut juga, seorang lelaki yang berkahwin dengan wanita yang kedua mempunyai keyakinan diri & ketenangan yang lebih tinggi yang membolehkannya melaksanakan kerja dan mencapai impian.

Selain itu, dapatan kajian menjelaskan bahawa poligami adalah salah satu rahsia kebahagiaan hidup dan umur yang lebih panjang.

Penyelidik Universiti Sheffield, Virpi Lummaa. berkata kajian terbabit melihat perbezaan sosio ekonomi membabitkan lelaki berusia lebih 60 tahun dari 140 negara.

Apa didapati, lelaki yang mengamalkan poligami terbukti mempunyai usia purata 12 peratus lebih panjang, berbanding lelaki di 49 negara yang kebanyakannya hanya berkahwin sekali.

"Hasil kajian itu berkemungkinan menjawab teka-teki biologi manusia. Bagaimanakah manusia mampu panjang umur dan persoalan itu ternyata wajar apabila melihat wanita yang boleh hidup melewati tempoh selepas menopaus.

"Ini dikenali sebagai 'kesan nenek' yang mana bagi setiap 10 tahun seorang wanita mampu hidup melewati menopaus, dia mendapat dua cucu baru.

"Keadaan sebaliknya bagi lelaki kerana tenaga batin mereka masih berfungsi melangkaui usia 60-an, 70-an dan 80-an. Ramai penyelidik beranggapan, faktor tenaga batin itu menjadi kunci usia panjang mereka," kata Lumaa. - Agensi


Ads:

Previous
Next Post »
Thanks for your comment