Terpalit kontroversi bagaikan tiada penghujung, Zizan Razak menyatakan bahawa dirinya penat untuk berhadapan dengan perkara tersebut namun dalam masa yang sama masih melihat kontroversi daripada sudut positif.
“Apabila orang bercakap tentang saya bermakna mereka sayang dan berikan perhatian kepada saya. Sebab itu orang asyik bertanya jika ada sesuatu isu baru timbul. Kalau ia cerita yang tidak sedap didengar, saya tak akan jawab”
“Mana perkara yang tidak betul, saya akan perbetulkan dan biarkan sahaja ia senyap. Mulut orang bila dah penat bercakap nanti berhenti juga. Kadangkala rasa penat juga apabila orang tidak habis-habis mencari kesalahan saya sahaja”
“Jika ada yang reka cerita tidak benar biarlah orang itu tanggung sendiri. Saya reda sahaja. Saya tidak tahu ke mana mahu mengadu dan siapa lagi boleh dipercayakan? Hanya pada Tuhan saya berdoa dan memohon maaf. Itu yang membuatkan saya kuat bertahan,” luah pelakon berkenaan kepada portal Mangga Online.
Selain itu dalam masa yang sama, Zizan turut menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama Kamal Adli namun akan mencari keselesaan bersama agar tidak menyusahkan mana-mana pihak. - ROTIKAYA
Ads:
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon