Kisah Sebenar Penubuhan PROTON Yang Tak Ramai Rakyat Malaysia Tahu.. Pengorbanan Tun M...


Salam.

Disebabkan Tun M ada buat kenyataan pasal Proton semalam dan disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini, eloklah saya ulas pasal Proton seperti mana saya janjikan hari ini tak perlu tunggu dua tiga hari lagi. Kebetulan sdg duduk dlm sebuah cafe di One Utama sementara isteri dan anak2 pusing2 "window shopping" di sini.

Saya cuba seringkas yg boleh mengutarakan pandangan saya tentang Proton kerana jika terlalu panjang ramai tak mahu membacanya.

Proton

Tun M mengambil tindakan tidak popular dengan membangunkan kereta Nasional Proton seawal beliau menjadi PM Malaysia. Kritikan bukan sahaja dtg dari luar kerajaan malah dari pemimpin2 dlm kabinet beliau sendiri juga tidak setuju negara membangunkan kereta Nasional. Mungkin mereka tidak faham matlamat Tun M.

Tetapi kita kena kaji betul2 mengapa Tun M ambil tindakan drastik tersebut. Jawapannya adalah kerana Agama, Bangsa dan Negara. Dan lebih tepat lagi adalah untuk dunia Islam.

Setiap perancangan membangunkan negara dan demi umat Islam, Tun M lakukan dgn tersusun mengikut 'time frame' yg tepat. Mengapa beliau bina Twin Towers siap hanya tahun 1999? Litar Sepang siap1999? Kompleks Sukan Bukit Jalil & Sukom 1998? Putrajaya 1999 mula digunakan?

Tetapi Kereta Nasional yg ideanya dari Tun M pada 1979 dan diluluskan oleh kabinet 1982 setelah Tun M menjadi PM 1981, dimulakan pada 1983 dan model pertama Proton sudah ada di atas jalan raya pada 1985. Kerana fokus, dlm masa dua tahun sahaja kita dpt bina kereta nasional hasil kerjasama dgn sykt Jepun Mitsubishi.

Kenapa awal sebegitu dari lain2 projek mega? Ini adalah kerana apabila negara ini yg dirancang oleh Tun M akan mencapai negara maju 2020, industri kereta nasional sudah boleh bersaing dan setanding dgn kereta2 yg dikeluarkan oleh negara2 maju yg lain pada masa itu nanti. Tetapi malangnya sebaik Tun M bersara, kereta nasional tidak dpt perhatian serius oleh pengganti beliau. Bukan sahaja tidak membantu, malah boleh dikatakan mahu dibunuh legasi Tun M ini.

Proton selepas Tun M bersara tidak mendapat perlindungan sepatutnya oleh kerajaan yg telah membuka pasaran kereta negara ini kpd kereta asing yg masuk tanpa had. Proton bagaikan kanak2 masih bertatih yg perlu diberi tangan agar tidak jatuh tetapi kerajaan selepas Tun M bersara lebih mahukan kereta nasional bersaing secara terbuka. Mana mungkin kanak2 yg masih bertatih boleh berlumba dgn kanak2 lebih dewasa darinya. Kereta Korea dan Jepun berpuluh tahun awal dari Proton yang boleh dilihat kereta2 buatan negara2 itu di setiap lorong jalanraya seluruh dunia nak dibiarkan bersaing dgn kereta nasional yg baru mula memenuhi jalanraya2 dlm negara sahaja.

Apa rahsianya Tun M mahu bangunan kereta nasional dan matlamatnya bila tiba tahun 2020? Utk itu kita perlu bayangkan jika kerajaan Malaysia sehingga hari ini membantu Proton dgn memberi perlindungan seperti tidak membuka pintu sewenang2nya kereta luar masuk bersaing dlm pasaran tempatan.

Satu masa kita boleh kira atas jalanraya 10 dari kereta yg kita lihat, 5 adalah kereta Nasional. Ketika itu kereta Proton adalah kereta termurah dlm negara ini bila dibandingkan dengan kereta luar yg pasang di negara ini yg model sekelas dengannya. Kereta Proton menjadi pilihan utama rakyat negara ini. Pernah satu ketika, kereta proton yg baru diregister sebulan atas nama seorang pembeli lebih mahal dari kereta proton baru dari pusat dealer2 Proton. Pembeli tidak mahu tunggu lama dan membeli dari kedai2 kereta terpakai yg selalunya segera menempah setiap model baru Proton dgn jumlah yg banyak menggunakan nama2 pekerja mereka. Kemudian dijual dgn harga lebih mahal sedikit kerana pembeli dapat kereta baharu yg telah diregister tetapi tidak digunakan lagi dengan kadar paling singkat. Paling lama dua hari sahaja selepas urusan perjanjian jual beli dan pinjaman bank selesai.

Itu senario peringkat awal kereta nasional. Jika ianya berterusan dgn mendapat perlindungan kerajaan, pastinya 10 buah kereta di jalanraya 8 buah kereta nasional sekarang ini. Dan pastinya nilai sykt kereta nasional yg semasa Tun M bersara berjumlah RM2billion dari pusingan modal awal RM150juta sahaja, akan mencapai RM15billion skrg. Dan menjelang 2020 pastinya mencapai RM30billion.

Nah..masa itu baru kita boleh bersaing. Menjelang 2020 pengeluaran kereta nasional akan menjadi lebih 5 juta unit setahun(sekarang ini dgn tidak ada perlindungan dari kerajaan hanya mampu 160,000 setahun sahaja berbanding sepatutnya sudah mencapai 2 juta unit jika ada perlindungan)

Ketika Tun M masih lagi PM, Proton sudah dieksport ke beberapa negar luar. Bagaimana pun jumlah masih kecil dan utk bersaing Proton terpaksa menjualnya dgn harga lebih murah dari dlm negara. Dgn tiada cukai eksport demi menarik wang asing ke dlm negara ini. Ketika itu hampir 100% bahan mentah utk buat kereta nasional adalah dari dlm negara sendiri. Bermakna walau pun murah negara dpt solid wang asing melalui Proton tanpa banyak modal mengalir ke luar.

Apa pun eksport keluar terencat dek kerana tidak dpt lagi mengeluarkan unit2 yg berdaya saing kerana dasar automotif negara tidak menyebelahi Proton. Dan selama 12 tahun sejak Tun M bersara, Proton tidak dpt berkembang sepertimana yg dirancang.

Apa sebenarnya matlamat Tun M dgn membangunkan Proton? Percayalah, jika Tun M masih lagi PM, Proton sekarang sudah mengeluarkan 2 juta unit setahun. Sudah merata ke seluruh dunia Islam dapat kita lihat Proton di jalanraya2 dan dilorong2 serta di kawasan2 pakir di negara2 itu. Ketika itu ramailah usahawan pengedaran kereta di negara2 Islam mengedarkan kereta nasional kita. Pasaran lebih tertumpu di negara2 Islam kaya. Wang dari negara2 Islam yg berbelanja utk membeli kereta tidak semuanya pergi ke negara2 bukan Islam yg mengeluarkan kereta. Sebahagianya dpt juga pergi ke negara Islam yg memasang kereta nasional kita.

Kemuncaknya dijangka pada 2020 setiap negeri di semenanjung ada pusat pemasangan kereta nasional yang memberi peluang pekerjaan yg bergaji paling besar berbanding kilang2 lain. Bukan sahaja di negeri2 dalam negara, bahkan kita akan bantu negara2 Islam lain yg masih mundur utk bergiat dengan industri automobil. Kita akan bangunkan kilang2 pemasangan di negara2 itu. Memberi pekerjaan yg baik utk saudara Islam kita di sana. Dunia Islam tanpa sempadan. Negara2 itu dpt hasil dari wang asing yg masuk membayar gaji pekerja kilang itu dan pelbagai services kpd kilang2 itu setelah unit2 yg dieksport ke luar negara jiran mereka. Kita wajib membantu mereka bila kita berjaya. Dan kita kena usahakan supaya kita boleh jadi berjaya. Hanya bangsa itu sahaja yg boleh merubah nasibnya. Kita pula menambah dgn ambil pendekatan merubah nasib sesama Islam kita.

Kalau sekarang ketika Proton hasilkan 160,000 setahun dgn memberi 2,000 org pekerjaan yg majoritinya anak Melayu sudah tentu jika Tun M masih PM skrg boleh keluarkan 2 juta unit dgn memberi lebih 10,000 org pekerjaan. Kita sudah sepatutnya hantar ratusan pekerja mahir Proton ke luar negara menjadi Ketua Juruteknik di Pusat2 Service Proton. Menjelang 2020 kita akan menghantar ribuan pekerja mahir utk mengetuai seksen2 di kilang2 pemasangan Proton yg dibangunkan di negara2 Islam lain. Masa itu sedikit sebanyak pekerja2 asing di kilang luar negara sana dpt berbahasa Melayu. Cara eksport bahasa Melayu melalui ekonomi.

Bila kita sudah menjadi satu bangsa pakar dalam automobil bermakna kita bolehlah menjadi negara pengeluar jentera2 lain. Kita boleh bina GenSet..kita boleh bangunkan mesin pencetak..kita boleh bangunkan apa saja berkaitan dgn kejuruteraan.

Kilang2 yg ada dlm negara kita skrg ini menggunakan jentera/mesin buatan German, Britain dan lain2 negara maju. Mesin di kilang kain..mesin di kilang kasut, mesing di kilang botol, mesin di kilang stokin, mesin di kilang plastik dan lain2 kilang semuanya menggunakan mesin atau jentera dari luar.

Menjelang 2020 kita bukan mahu lagi menjadi pengeluar plastik, bukan lagi kaca, bukan lagi kertas, bukan lagi perabut. Tetapi kita mahu mengeluarkan mesin2 yg membuat plastik, mesin buat kain, mesin buat kertas kerana ini boleh membayar gaji besar kpada pekerja anak tempatan. Kilang pengeluar barangan bertenologi tinggi bukan utk buruh asing. Market kira sudah ada. Negara2 membangun menghormati kita. Rakyat negara membangun percaya barangan buatan kita. Pastinya produk hitech kita menjadi pilihan berbanding dari negara maju yg pastinya lebih mahal.

Sebab itulah Tun M membangunkan Proton awal2 lagi semasa beliau jadi PM. Target untuk menjadi negara pengeluar produk hitech adalah 5 tahun menjelang 2020. Dgn membina modal insan yg pakar dlm hitech dari awal 80an melalui Proton kita mampu menyediakan tenaga mahir dlm hitech 2010 ke 2020. Time frame sudah tepat. Bermula dgn Proton utk menjadi negara maju pada 2020 dgn rakyat berpendapatan tinggi.

Kita begitu teruja bila PM ke 6 negara DS Najib seawal beliau menjadi PM mengumumkan Transformasi Negara mahukan negara menjadi sebuah negara yg rakyatnya berpebdapat tinggi. Tapi sudah 6 tahun tiada nampak rakyat boleh mendapat peluang bekerja dgn pendpatan tinggi. Perniaganaan 1MDB lebih mahu memajukan tanah. Membeli stesen janakuasa yg tidak dtp beri peluang ribuan pekerjaan pendapatan tinggi. Melabur ke luar negara tak nampak apa. Hutang semakin meningkat.

Kononnya nak beli IPP utk beri tenaga letrik kpd rakyat dgn harga murah tapi kemudiannya dijualkan pula. Jika tidak jual juga pun dan tarif letrik murah bukannya boleh membantu rakyat jika rakyat masih lagi berpendapat rendah dgn pelbagai barangan masih terus meningkat. Tetapi jika tidak beli IPP dan harga letrik tinggi juga tidak menjadi masalah jika rakyat mendapat pekerjaan dgn pendapatan tinggi. Kalau rakyat boleh dpt gaji bulanan (pendapatan isi rumah RM6,000 bukan mengikut purata) harga letrik dan barang2 lain skrg ini bukan menjadi bebanan. Tapi jika gaji di takuk skrg dgn ramai masih bekerja di kilang biskut, plastik dan sebagainya yg menjadi rebutan dgn pekerja asing itu nak turun tarif letrik jauh mana pun belum tentu rakyat rasa hidup selesa.

Sesungguhnya agenda melemahkan Proton adalah agenda barat yg dibelakangai oleh Yahudi. Bangsa ini bukan mahu lihat umat Islam berjaya dlm ekonomi. Kerana dgn ekonomi yg bagus umat Islam akan mendapat pendidikan yg terbaik. Bila umat Islam bijak maka umat Islam boleh majukan apa sahaja. Termasuklah senjata canggih. Utk utk menggagalkan Proton yg dlm tersiratnya utk ekonomi umat Islam, maka dihantar pakar ekonomi sebagai penasihat ekonomi kpd kerajaan Malaysia sejak 2004 lagi. Dipelbagaikan undang2 perniagaan antarabangsa yg tidak memihak kpd negara. Atas alasan undang2 antarabangsa Kerajaan kita pula mudah mengalah. Tiada keberani menentang. Bagai mana nak menentang bila pengaruh yg ada dari negara2 membangun lain kita sudah tidak dpt lagi berbanding ketika zaman Tun M di mana byk perjanjian international trade tidak dpt kata sepakat bila mejaroti negara membangun bersama Malaysia menolaknya. Kita byk melobi negara2 membangun agar bersama bagi menghalang ketidakadilan perjanjian antarabangsa tidak memihak kpd dunia negara2 membangun. Skrg kita lebih mahu ikut kemahuan kausa besar. Kita termakan hujah2 mereka. Tidak perasan bahawa agenda mereka tidak mahu negara Islam seperti Malaysia menjadi negara maju.

Sbb itu perancangan Tun M menggunakan Proton utk menjana ekonomi negara dan juga negara2 Islam tergannggu jadualnya. Sedang elok menjelang 2020 kereta nasional sudah berada di lorong2 seluruh dunia. Ribuan pekerja Bumiputera mendapat pekerjaan berpendapatan tinggi. Ratusan dealer pengedar kereta nasional bertambah. Yg dulunya sebelum ada Proton mana ada dealer kereta org Melayu punya. Tun M dah jemu tengok nama2 kedai menjual kereta nak cari nama Melayu pun tiada. Tan Chong, Boon Siew, Lim Motors, Ah Tee Motor dan lain2 kerap sgt kita terpandang. Tapi bila Proton dlm pasaran barulah ada Iskandar Motors, Hamid Automobil dan lain2. Kerana Proton juga membina usahawan Melayu sebagai dealer pengedar dan penjual serta pembuat2 'Bahagian Kereta' atau spare part. Majoritinya bagi kpd usahawan Melayu. Ramai. Itu ketika Proton baru keluarkan ribuan unit sahaja. Bayangkan kalau sudah 2 juta unit. Berapa ramai Melayu dan Bumiputera akan ambi bahagian sebagai vendor2 pengedar dan vendor pembuat spare parts.

k. Kita sudah hilang jati diri. Makin tidak percaya akan kebolehan anak bangsa. Lebih percayakan orang asing menentukan arah tuju perjalanan negara ini.

Ya Allah...kau lahirkan 10 org lagi Tun Mahathir Mohamad. Pastinya dunia Islam akan dihormati, disegani dan digeruni.

Sekian tkasih.

Sumber: FB Syed Hassan Syed Ali

Ads:

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Anonymous
November 16, 2015 at 5:23 PM ×

Kalau dilihat di negara maju, sistem pengangkutan awam lebih penting daripada kereta. Sesetengah menteri di negara maju menaiki tren ke pejabat mereka. Kalaula Dr M mementingkan pengangkutan awam dulu daripada buat kereta, sudah tentu kesesakkan lalulintas dapat dikurangkan dan rakyat akan lebih suka menaiki kenderaan awam dari membeli kereta.

Selamat Anonymous dapat PERTAMAX...! Silahkan antri di pom terdekat heheheh...
Balas
avatar
admin
Thanks for your comment