VIDEO MELAYU VIRAL DI CHINA: GEJALA SOSIAL DAN DUIT RAYA YANG DISALAH GUNA


GEJALA SOSIAL DAN DUIT RAYA YANG DISALAH GUNA

Antara perkongsian raya yang menakutkan oleh anak-anak yang baru pulang dari pangkuan keluarga ialah gejala sosial, perjudian dan pengaruh internet.

Ada anak yang menghabiskan duit rayanya setiap tahun untuk membeli telefon canggih, PS2, dan tablet. Ada yang menghabiskannya dengan membeli prepaid judi melalui permainan internet. Tidak cukup duit raya, ada anak yang sanggup mencuri wang ibunya sehingga RM5,000 untuk dihabiskan berjudi di alam maya..

Apa yang anda lihat dalam video ini juga perlu diteliti pelajarannya. Kita harus fikirkan di mana punca dan bagaimana langkah untuk mengatasinya. Bukan sekadar mengeluh semata-mata. Lebih berat lagi jika ada yang terus melatah mengatakan video ini hanya akan mengaibkan dan memburukkan lagi pandangan umum tentang agama kita.

Samada suka mahupun terpaksa, kita harus mengakui bahawa umat ini sudah terlalu parah penyakit sosialnya...

Berita dari warga yang pulang dari pantai timur menyatakan sedang berlakuknya fenomena "satu rumah satu penagih dadah". Secara umumnya ada satu lagi fenomena yang semakin berleluasa iaitu "satu rumah seorang anak luar nikah".

Hampir setiap keluarga menceritakan tentang berlakunya gejala sosial ini dalam keluarga masing-masing. Ada keluarga yang mengalami masalah anak luar nikah pada kedua dua anak dara mereka. Ada juga yang pernah warga kami tegur kelakuan sumbang gadis yang juga anak saudaranya melalui ibubapa mereka sekitar 5 tahun dahulu namun tidak diendahkan. Hari ini gadis yang sama sudahpun melahirkan anak luar nikahnya.

Seorang anak kami bertanya kepada ibunya apabila melihat kakaknya yang berusia 19 tahun bebas membawa pulang teman lelakinya. Di rumah itu lelaki itu bebas bersalin baju. Di malam hari dibiarkan pula kakaknya dibawa keluar oleh teman lelakinya itu dan pulang hingga lewat malam.

Apabila ditanya ibunya bila kakaknya mula bercouple? Dijawabnya sudah lama dan lelaki itu sudah biasa bertandang di rumahnya. Bila ditanya bila mahu dinikahkan? Ibunya jawab nantilah bila dah habis belajar. Mungkin 6-7 tahun lagi kut... Ironinya, bila ditanya mengapa tidak dinikahkan sahaja? Tidak takutkah kakaknya akan terlanjur dan melahirkan anak luar nikah? Ibunya hanya menjawab kita terima sajalah lelaki tu...

ASTAGHFIRULLAH AL-ADZIIM... anak kami terkesima dan tidak sanggup lagi untuk bertanya.

Dalam kes lain, seorang anak yatim kami bertanya ibunya yang telah berkahwin lain tentang adik beradik tirinya yang kesemuanya terlibat dengan dadah. Ibunya hanya menjawab cuma dadah saja tak apa kuttt...

Padahal seorang daripadanya telah jadi separuh gila kerana mengalami kesan 'overdose' dadah yang diambilnya di malam raya. Antara aksi pelik ialah dia memukul kepala sendiri dengan lesung batu sampai retak. Katanya dia sudah kebal dan tidak merasa sakit walaupun darah keluar mencurah curah.

Kerana dadah juga ramai yang berkelakuan gila. Ada yang sanggup meragut, mencuri, merompak, mencederakan bahkan membunuh. Kes lelaki penagih berusia 19 tahun yang tergamak memotong kaki nenek yang juga jirannya yang enggan memberi wang yang diminta untuk membeli dadah langsung tidak diambil pelajarannya oleh para ibubapa.

Seorang anak lagi menceritakan bagaimana berlakunya gejala liwat dan pedofilia di kalangan ahli keluarga sendiri di rumah ibunya. Adik lelakinya sendiri yang berusia 6 tahun sudah sering 'beraksi' bersama adik perempuannya. Rupanya gejala sumbang sebegitu sudah jadi terlalu biasa di kalangan anak-anak kecil di desa. Mungkin ini pengaruh media, internet bahkan mereka sendiri pernah melihat aksi yang sama dilakukan oleh ibubapa ketika hayatnya.

Dari perkongsian ini, maka jelaslah bahawa ibubapa masih lagi lalai dan tidak peka dengan gejala sosial yang semakin menggila. Kelonggaran yang diberikan telah dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh anak-anak sehingga boleh menjadikan mereka rosak serosak-rosaknya.

WATAWASSAUBIL HAQ, WATAWASSAUBISSOBR..
Sama-samalah kita beristighfar, bermuhasabah dan mengislahkan diri,

KREDIT: FB WARGA PRIHATIN



Ads:

Previous
Next Post »
Thanks for your comment