Kisah ini diceritakan oleh pengguna laman sosial Facebook, Abu Hannah. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Baca selanjutnya.
=========================================================
Kawan aku yang masih bujang tanya, man... Anak dengan bini mana ang sayang?
Aku jawab, dua2. Tapi sayang yang berbeza.
Aku tanya dia balik, hang sayang kereta dengan sayang mak ang, mana yang paling ang sayang??
Baru dia faham.
Orang bujang, aku tak tahu nak gambarkan dengan kata2 macam mana rasa sayangkan anak.
Sebab sayang tu perkataan. Tapi rasanya pelbagai dan berlainan.
Hang sayang bini, dia berak hang cium tak pungkoq bini?
Tapi bila anak berak, hang sanggup cium. Sebab nak pastikan dia betul2 berak.
Bini aku tutup pintu kereta kuat sikit jer, muka aku dah hijau.
Anak berak atas seat kereta, kau sebagai bapak tetap sanggup kaut guna tangan gak.
Lagipun anak aku susu badan. Bau najis dia cuma bau susu masam jer. hehehe....
Kau nikah, dapat anak, kau rasa sendiri. Kalau ada peluru hidup datang meluru pada anak kau....
Mesti kau akan sanggup tadahkan badan jadi perisai. Betul... kau percayalah.
Kalau ada harimau nak baham anak kau, kau akan suruh anak kau lari, dan kau hadap harimau tu dengan tangan kosong.
Benda ni kau tak perlu jadi berani pun. Sebab anak, kau akan jadi berani.
Saat paling manis, ialah saat paling perit masa besarkan anak.
Contohnya aku pernah tido berdiri. Nikmat.... Kau rasalah sendiri.
Aku ni bukan Maha Penyayang.
Kau bayangkan.... Luas mana pulak kasih sayang Tuhan pada manusia?
Kalau aku yang bukan Maha Penyayang dah sampai tahap macam ni...
Kau bayangkan Kasih Sayang Tuhan pada hambanya... Allahurabbi...
Sebab tu aku marah kalau ad ustaz kuliah suka sempitkan kasihsayang Tuhan.
Sayang bini, kau belai dan manja.
Sayang anak, mintak nyawa.
Macam tulah lebih kurang rasanya sayang anak.
Nak rasa? Nikahlah... Doalah... Minta dari yang Maha Kaya.
Ads:
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon